Parlimen
Padang Besar
PROJEK KOMUNITI
EXCELLENT CENTRE PADANG BESAR
Penduduk Padang Besar akan diberikan peluang untuk mempelajari dan menceburi bidang TVET yang semakin mendapat tempat dalam alam pekerjaan. Keutamaan yang diberikan kepada golongan muda untuk menambah ilmu pengetahuan. Fast Track SPM juga antara program yang akan dilancarkan oleh Pusat Pengajian ini. Fokus diberikan buat lepasan pelajar tahfiz yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
SARAPAN PAGI ASNAF
Parlimen Padang Besar mengambil inisiatif untuk membantu penduduk Padang Besar yang kurang berkemampuan dengan menyediakan sarapan pagi percuma di kedai yang terpilih di 5 Dun dalam kawasan Padang Besar.
PUSAT JARIAH KESIHATAN
Dengan keadaan ekonomi semasa, rakyat Padang Besar yang dikategorikan sebagai asnaf dan dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, amat memerlukan bantuan peralatan kesihatan seperti kerusi roda, katil dan juga alat bantuan penafasan. Dengan melaksanakan program ini, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban penduduk Padang Besar dan dapat mendidik tentang kebaikan wakaf.
“Dengan kelebihan Padang Besar sebagai pintu masuk sempadan, ia mampu menjana ekonomi bagi negeri Perlis sebagai Pembangunan Berorientasikan Transit atau Transit Oriented Development (TOD) yang akan dibangunkan oleh Chuping Valley Industrial Area (CVIA).”
YB Rushdan Rusmi
PUSAT KHIDMAT
Rasionalnya penubuhan Pusat Khidmat Masyarakat ialah untuk memudahkan Y.B. menyalurkan segala bantuan sedia ada dalam bentuk perkhidmatan dan pembangunan, juga bagi memudahkan penyaluran maklumat berkenaan Daerah dan program yang dilaksanakan..
