Projek Komuniti
Walaupun kawasan Padang Besar tidak membangun seperti Kangar dan Arau, namun Padang Besar memiliki potensi yang besar untuk dibangunkan dan dijadikan kawasan perindustrian..
YB Rushdan Rusmi

SMART FARMING
Pertanian berlandaskan teknologi semakin mendapat tempat dalam komuniti masyarakat. Padang Besar antara kawasan yang sesuai untuk diaplikasikan teknologi Internet of Things (IOT) dalam pertanian kerana kawasan Padang Besar yang mempunyai tanah yang luas dan sesuai untuk dibangunkan sebagai kawasan pertanian seperti jagung dan kenaf.

KESEJAHTERAAN INTERNET PADANG BESAR
Antara keperluan utama di Padang Besar ialah capaian Internet. Kawasan penduduk yang ramai sudah pasti memerlukan rangkaian internet yang baik.Capaian Internet yang baik diperlukan oleh para pelajar dan guru untuk memaksimumkan capaian maklumat. Dengan kawasan Padang Besar yang bakal menjadi tumpuan para pelabur capaian internet amat perlu dititikberatkan di kawasan Padang Besar.

CENDAWAN FROM KENAF
Hasil kajian pengkaji Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menemukan satu peluang yang boleh dijana oleh komuniti dalam industri cendawan yang mana cendawan dihasilkan daripada lebihan kenaf yang dibuang dan dijadikan sebagai sumber utama dalam cendawan.

FUTSAL DEVELOPMENT
Pembangunan anak muda di Padang Besar yang perlu diambil perhatian dalam menjadikan anak muda sebagai next country leadership. Anak muda perlu diisi dengan perkara yang berfaedah bagi mengelakkan dari terjebakdengan perkara yang menglalaikan. Bermula dengan pembangunan futsal disetiap DUN akan menjadikan anak muda aktif dalam bidang sukan dan dalam masa yang sama dapat mencari bakat-bakat muda yang boleh diketengahkan.

PUSAT JARIAH KESIHATAN
Dengan keadaan ekonomi semasa, rakyat Padang Besar yang dikategorikan sebagai asnaf dan dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, amat memerlukan bantuan peralatan kesihatan seperti kerusi roda, katil dan juga alat bantuan penafasan. Dengan melaksanakan program ini, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban penduduk Padang Besar dan dapat mendidik tentang kebaikan wakaf.

PERASMIAN PENGENALAN SDG
Sustainable Development Goals (SDG) antara badan organisasi yangmembantu masyarakat dengan pelbagai maltlamat yang mampu mengubah hidup masyarakat. Dengan mengenalkan SDG kepada masyarakat akan dapat memupuk kesedaran dan dapat melahirkan sukarelawan yang dapat membantu SDG untuk pergi lebih jauh.

BENGKEL LATIHAN PERTANIAN
Kampung Belukar Lenga antara kampung yang aktif dalam bidang pertanian.Ketua Penduduk Kg Belukar Lenga iaitu En.Asorn antara tenaga pengajar bagi bidang pertanian di Pertubuhan Peladang Mata Ayer dan banyak memberi manfaat kepada penduduk Padang Besar dalam bidang pertanian.

DATARAN USAHAWAN ASNAF
Penduduk Felda Chuping mengambil pendekatan untuk menghasilkan produk hiliran untuk dijual. Dataran Usahawan untuk Asnaf amatlah diperlukan oleh penduduk Felda Chuping untuk menjadi platform menjual produk hiliran.

SARAPAN PAGI ASNAF
Parlimen Padang Besar mengambil inisiatif untuk membantu penduduk Padang Besar yang kurang berkemampuan dengan menyediakan sarapan pagi percuma di kedai yang terpilih di 5 Dun dalam kawasan Padang Besar.

DENTAL CHAIR FOR PUSPEN
Keperluan PUSPEN untuk mempunyai Dental Chair bagi memudahkan merawat pesakit gigi dan mengurangkan keperluan untuk mendapat rawatan luar.

EXCELLENT CENTRE PADANG BESAR
Penduduk Padang Besar akan diberikan peluang untuk mempelajari dan menceburi bidang TVET yang semakin mendapat tempat dalam alam pekerjaan. Keutamaan yang diberikan kepada golongan muda untuk menambah ilmu pengetahuan. Fast Track SPM juga antara program yang akan dilancarkan oleh Pusat Pengajian ini. Fokus diberikan buat lepasan pelajar tahfiz yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
